Assalamualaikum! 👋
Ada soalan tentang umrah?

Syarat penempahan dan penyediaan perkhidmatan umrah.
Dokumen ini menggariskan syarat-syarat yang terpakai bagi semua tempahan dan penyediaan perkhidmatan Umrah oleh HISAR TRAVEL SDN BHD. Semua pelanggan yang mendaftar bagi pakej umrah dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat ini.
7 bahagian
Pelanggan hendaklah menghubungi HISAR TRAVEL SDN BHD untuk mendapatkan maklumat kekosongan dan keterangan lengkap mengenai pakej.
Semasa pendaftaran, pelanggan hendaklah memilih jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double).
Jika memilih bilik Quad, pelanggan perlu membawa empat (4) orang atau menunggu pelanggan lain bagi mencukupkan empat (4) peserta. Jika tiada, caj akan dikenakan mengikut jenis bilik sedia ada.
Kanak-kanak tidak boleh melebihi sepuluh peratus (10%) dalam satu pakej/penerbangan/kumpulan. Jika melebihi had ini, diskaun kanak-kanak tidak terpakai dan perlu membayar harga dewasa.
Deposit sebanyak RM800.00 seorang (termasuk visa) perlu dibayar semasa tempahan. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh penerbangan.
Pembayaran boleh dibuat melalui tunai, perbankan atas talian ke nombor akaun RHB Bank: 2622 5000 0753 36, atau cek/draf bank ke atas nama HISAR TRAVEL SDN BHD. Bukti pembayaran mestilah dikemukukan dalam tempoh tidak melebihi dua belas (12) jam dari masa pembayaran, jika bukan pembayaran tunai.
Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima.
Tempahan yang dibuat dalam tempoh kurang daripada empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh penerbangan dianggap sebagai tempahan saat akhir.
Sekiranya HISAR TRAVEL menerima tempahan ini, peserta mestilah menyelesaikan keseluruhan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan sebelum penerbangan. Urusan visa, tiket, dan hotel akan dibuat segera meskipun bayaran penuh belum diterima.
Jika peserta gagal membuat bayaran selepas visa, tiket dan bilik hotel setelah ditempah, HISAR TRAVEL berhak untuk membatalkan semua tempahan tersebut.
HISAR TRAVEL juga berhak menuntut semula segala kos dan kerugian termasuk caj visa, penalti tiket penerbangan, caj hotel, dan kos pengurusan.
Tindakan undang-undang boleh diambil jika peserta gagal menyelesaikan bayaran kos yang dituntut.
Semua permohonan visa tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi.
HISAR TRAVEL tidak akan bertanggungjawab atas kerugian jika permohonan visa tidak diluluskan atas apa jua sebab sekalipun termasuklah atas sebab keselamatan atau dasar kerajaan.
Peserta umrah yang telah mendaftarkan diri tidak dibenarkan menarik diri atau membatalkan penyertaan tanpa sebab-sebab yang kukuh.
Jika sekiranya pembatalan perlu dibuat, pembatalan mestilah dibuat secara bertulis beserta dokumen sokongan jika ada.
Caj Pembatalan
HISAR TRAVEL berhak membatalkan pakej jika berlaku keadaan luar jangka seperti pandemik, bencana, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan pihak berkuasa Malaysia atau Arab Saudi.
Tarikh alternatif akan ditawarkan. Jika ditolak, bayaran balik akan dibuat selepas ditolak caj pentadbiran dan kos yang telah dibayar kepada pembekal.
Selepas pengesahan dibuat, sebarang pindaan akan dikenakan caj dari RM50 hingga RM300 seorang.
Tiada pindaan dibenarkan dalam tempoh 15 hari bekerja sebelum penerbangan.
HISAR TRAVEL tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat kegagalan imigresen membenarkan keluar/masuk negara.
Tiada bayaran balik untuk perkhidmatan yang tidak digunakan atas sebab peribadi.
Harga pakej tertakluk kepada perubahan bergantung kepada kadar pertukaran mata wang, cukai, dan kos semasa.
HISAR TRAVEL berhak meminda, menarik balik atau menambah apa-apa terma tanpa notis.